Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PAKSI

Ahlan wa sahlan kepada semua…

PAKSI ditubuhkan untuk mengembangkan amalan kaunseling Islam dalam masyarakat di samping sebagai nilai tambah kepada amalan kaunseling yang sedia ada. Sehubungan dengan itu juga diharapkan wadah ini dapat memberi sumbangan kepada negara kita Malaysia untuk mewujudkan masyarakat madani yang sejahtera.

Tujuan dan matlamat PAKSI:

1.  Mewujudkan wacana ilmiah dalam memperkembangkan bidang kaunseling syarie

2.  Memperkenalkan kaunseling syarie kepada masyarakat sebagai satu perkhidmatan membantu yang profesional dan berkesan

3.  Mengaplikasikan  ilmu kaunseling syarie secara bersepadu dalam perkhidmatan membantu

4.  Memperjuangkan profesion kaunseling syarie sebagai satu perkhidmatan profesional

5.  Memartabatkan kaunseling syarie sebagai satu disiplin ilmu yang mantap ke arah pembentukan personaliti rabbani dan  pembinaan masyarakat sejahtera.

MOTTO PAKSI : PERSONALITI RABBANI UMMAH SEJAHTERA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *